Isnin, 29 Ogos 2011

Mengingati Peristiwa 29 Ogos 1966

(gambar As'syahid Sayyid Quthb di balik tirai besi (Penjara)

Fajar belum menyingsing ketika itu. Tiga orang lelaki melangkah gagah menggapai takdir mereka. Sempat mereka tersenyum. Sorot mata mereka teduh. Dalam hati mereka ada keyakinan murni yang sudah sebati dan menjadi diri mereka tenang menghadapi takdir yang sekejab lagi akan menjelma.

Ya, mereka akan memulai sebuah kehidupan baru; kehidupan akhirat apabila tiang gantung yang telah disiapkan oleh rejim nasionalis Arab sekular untuk ketiga orang mujahid ini yang akan membawa mereka menemui Rabbul Jalil yang sangat di cintai dan dirindui. Manakala Malaikat dilangit sedang menunggu roh mereka naik ke langit.

Ketiga lelaki itu adalah As'syahid Sayyid Quthb , As'syahid Yusuf Hawwas dan As'syahid Abdul Fattah Ismail . Mereka adalah mujahid yang tidak mahu merayu untuk tidak digantung sampai mati di atas tuduhan palsu yang sengaja direka oleh penguasa zalim yang berfaham nasionalis Arab sekular, miskipun pernah ditawarkan untuk tidak digantung tetapi dengan syarat merayu untuk diampunkan dan mengaku segala tuduhan palsu itu adalah benar.

Tetapi ketiga mujahid tersebut lebih rela mati daripada mengadaikan maruah dan prinsip perjuangan yang tidak mengizinkan untuk memohon ampun kepada penguasa zalim atas tuduhan yang tidak pernah mereka lakukan. Sesungguhnya mereka adalah mujahid sejati yang hanya tunduk kepada Rabbul Jalil .

Mereka adalah diantara para mujahid Islam yang sejati di abad 20 yang lebih mencintai mati sebagai syuhada daripada kehidupan keduniaan yang serba fana ini.

Dan menjelang fajar hari Isnin , bertarikh 29 Ogos 1966 berakhirlah riwayat hidup mereka didunia ini.. Lelaki yang menggantung As'Syahid Sayyid Quthb bersama kedua sahabatnya itu adalah Gamal Abdel Nasser , Presiden Mesir pada masa itu.

Ini bermakna pada hari ini telah genaplah 45 tahun peristiwa yang pengantungan ketiga orang mujahid yang ditanggisi oleh pejuang-pejuang Islam seluruh dunia terjadi , khususnya bagi Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh As' syahid Imam Hassan Al Bana.

Miskipun mereka telah tiada di dunia ini , pejuang-pejuang Islam masih terasa darah ketiga orang syuhada tersebut masih hangat dan itulah yang sesungguhnya mengalirkan 'energy' dalam tubuh setiap harakah Islam didunia ini yang banyak dipengaruhi oleh metodologi perjuangan harakah Ikhwanul Muslimin , termasuk Pas di Malaysia dan PKS di Indonesia. .Dan terbukti perjuangan Ikhwanul Muslimin masih hidup dan semakin merebak di seluruh dunia walaupun ditekan dengan teruknya oleh kumpulan anti perjuangan Islam di mana saja dan Parti Politik yang berfahaman nasionalis Arab sekular yang dipelopuri oleh Gamal Abdel Nasser kini sedang menuju saat kehancuran. Sama macam parti yang di sebelah sana yang bernama UMNOOOO......

Kalau kita baca buku-buku yang berkaitan dengan perjuangan Ikhwanul Muslimin , khususnya As'Syahid Sayyid Quthb, Gamal Abdel Nasser yang memfitnah dan akhirnya menghukum mati ketiga para syuhada tersebut adalah asalnya sahabat As'Syahid Sayyid Quthb yang agak akrab . Gamal Abdel Nasser memangggil As'syahid Sayyid Quthb dengan sebutan 'abang'.

Gamal yang sebelum revolusi 23 Julai 1952 adalah salah seorang pegawai tertinggi dalam anggatan tentera Mesir dan dikatakan pernah berada dalam harakah Ikhwanul Muslimin. Penyertaan Gamal dalam Ikhwanul Muslimin mungkin tidak benar atau sengaja diada-adakan untuk menunjukkan Ikhwanul Muslimin gagal menapis keahlian organisasi dengan ketat . Walluhu aqlam.

Di rumah As'Syahid Sayyid Quthb yang dikenali sebagai pemikir kedua Ikhwanul Muslimin selepas As'Syahid Imam Hassan Al Bana, kedua mereka ini dan teman-teman yang lain sering berbincang untuk melakukan revolusi dan menamatkan pemerintahan beraja yang hidup mewah di atas kesusahan hidup rakyat terbanyak , zalim , sekadar menjadi ketua agama tetapi buta Al-Qur'an dan menjadi alat kepada penjajah British.

Maka akhirnya berlakulah kudeta militer yang diketuai oleh Jeneral Muhammad Naguib tetapi kuasa sebenar di belakang rampasan kuasa tentera adalah Gamal Abdel Nasser dan pada 23 Julai 1952, Raja Faruq berjaya disingkirkan dan dibuang negeri. Jeneral Muhammamd Naguib kemudiannya dilantik oleh Majlis Pemerintahan Revolusi(RCC) sebagai Presiden pertama dan dalam masa yang sama menjawat jawatan Perdana Menteri dan Gamal Abdel Nasser dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri. Mesir juga telah di istiharkan sebagai sebuah negara republik.

Diringkaskan cerita, pada Januari 1954 , Ikhwanul Muslimin diharamkan. Dan berlakulah tunjuk perasaan dikalangan anggota Ikhwanul Muslimin dan rakyat yang menyokong harakah tersebut. Dan berlaku pertempuran diantara RCC dan ahli Ikhwanul Muslimin . Ramai anggota Ikhwanul Muslimin telah ditangkap dan dipenjarakan, termasuk Sayyid Quthb. Dan dalam suasana ini Gamal Abdel Nasser telah berjaya mengetuai RCC dan akhirnya pada 14 November 1954, Jamal telah menyingkirkan Muhammad Naguib dari jawatan Presiden dan dikenakan tahanan dalam rumah. Dan Gamal Abdel Nasser telah dilantik sebagai Presiden Mesir yang kedua.

Di awal pemerintahan Gamal Abdel Nasser, As'syahid Sayyid Qutb telah ditawarkan dengan apa sahaja jawatan yang dikehendaki oleh beliau. Tetapi beliau telah menolak tawaran itu. As'Syahid Sayyid Quthb mungkin dapat membaca niat sebenar Gamal Abdel Nasser adalah untuk 'mendiamkan' beliau dan tidak lagi bergiat bersama Ikhwanul Muslimin.

Maka disinilah bermulanya tribulasi yang lebih dahyat yang terpaksa dilalui oleh As'syahid Sayyid Quthb dan anggota Ikhwan yang lain. Pelbagai tuduhan palsu telah direka untuk memenjarakan As'syahid Sayyid Quthb. Dia pernah beberapa kali dibebaskan sekejab dan kemudian dipenjara semula. Penjara telah menjadi rumah kedua As'Syahid Sayyid Quthb.

Seorang anak murid As'syahid Sayyid Quthb, Yusuf Al Azam menulis:

“As'Syahid Sayyid Quthb dikenakan penyeksaan yang menggunung, dimaki, anjing-anjing belaan polis menggigit dan menariknya di sekeliling bilik sel, air panas dan kadangkalanya ais dicurahkan ke atas kepalanya, ditendang, ditampar dan ditumbuk, diluahkan perkataan-perkataan yang menghina dan menyakitkan hati. Tetapi kesemuanya ini menambahkan keimanannya lagi dan meyakinkan kebenaran perjuangan yang didokonginya lagi".


Empat belas tahun selepas Revolusi 23 Julai 1952, Jamal Abdul Nasser telah mengantung sampai mati 'abangnya'. Memang jenis nasionalis sekular yang dalam I.C beragama Islam dimana saja di atas muka bumi ini sanggup membunuh kawan sendiri yang pernah dipanggil sebagai 'abang' kerana atas satu sebab sahaja: benci pada perjuangan Islam.

Dan mujahid Islam seperti As'Syahid Sayyid Quthb yang selalu dilabelkan sebagai penderhaka, puak khawarij , exterimis agama dan pelbagai label yang lain yang tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk merosakkan imej pejuang Islam. Label ini sengaja diujudkan agar As'syahid Sayyid Quthb dan Ikhwanul Muslimin dibenci oleh sebahagian hamba-hamba tuhan yang tak tahu erti perjuangan Islam.

Untuk mengetahui riwayat hidup As'syahid Sayyid Quthb Rahimullah, sila rujuk beberapa buah buku yang banyak di jual di kedai buku Islam , terutama di Pustaka Fajar Baru , Wisma Yakin atau boleh google di internet untuk memperolehi banyak maklumat tentang As'Syahid Sayyid Quthb dan Ikhwanul Muslimin.

Teman memang mula terpengaruh dengan pemikiran Sayyid Qutb semasa aktif dalam Darul Arqam di pertenggahan tahun 70an. Buku Sayyid Qutb yang pertama yang teman baca ialah 'milestone ' atau dalam Bahasa Melayu:' Petunjuk Sepanjang Jalan'.

Sehingga sekarang teman tak pernah jemu membacanya walaupun kini terdapat dua tiga pendapat Sayyid Quthb yang teman tak berapa nak bersetuju dengan beliau , berdasarkan sedikit kritikan tokoh ulamak Ikhwan sendiri iaitu Dr Yussuf Al Qaradawi terhadap beberapa buku-buku hasil karya Sayyid Quthb.

Namun demikian Dr Yussuf Al Qaradawi pernah menyatakan dalam tulisannya bahawa kelemahan dalam beberapa perkara yang terdapat dalam hasil karya As'Syahid Sayyid Quthb, tidak sedikitpun mengurangkan kehebatan dan keikhlasan mujahid sejati ini dalam perjuangan Islam.

Dan sebab minat teman kepada buku-buku dan perjuangan As'Syahid Sayyid Quthb , adalah di antara faktor yang menyebabkan teman di singkirkan dari Darul Arqam yang mahu ahlinya hanya membaca buku-buku hasil tulisan al marhum Ustaz Ashari Muhammad. Ah , kisah lama....

Entri ini ditulis khas untuk mengingati tarikh 29 Ogos yang jatuh pada hari ini, dimana As'syahid Sayyid Quthb dan bersama dua orang sahabatnya yang telah di hukum gantung sampai mati oleh Presiden Gamal Abdel Nasser, seorang nasionalis Arab sekular Mesir. Teman yakin 110% spesis jenis macam Gamal Abdel Nasser berlambak di Malaysia terutama dalam sebuah parti politik yang di sebelah sana .Tak payahlah sebut parti itu , orang ramai sudah tahu......

Sebelum teman akhiri tulisan ini , teman sertakan puisi yang cukup mengharukan dan boleh menitiskan airmata kalau kita memahami dan menghayatinya. Puisi ini ditulis di saat akhir sebelum beliau dihukum gantung. Sesungguhnya , di antara kemahiran As'syahid Sayyid Quthb yang sukar ditandingi ialah dalam bidang kesusasteraan Arab. Puisi ini dan kitab tafsir Fi Zilal Qur'an karya beliau yang ditulis di luar dan di dalam penjara ( di bawah lindungan Al-Qur'an) adalah bukti betapa halus dan indah bahasanya:-

Sahabat,
Andainya kematianku ini kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang sudah hancur luluh
Nyalakan obor untuk ummat ini
Dan lanjutkan gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menanti ku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Cahaya kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana cahaya fajar memancar.

-Sayyid Qutb

4 ulasan:

Isa berkata...

Salam Shifu;

Ohh... rindunya syahid, alangkah berbahagianya mereka2 yang mendapat syahid.

Al-Fatihah buat semua Al-Syahid yang berjuang atas nama Fisabilillah...

Itu Ulama Arab... Ulama Melayu sanggupkah sebegitu...???

Allahuakbar....7x.

Na'im Nikmat berkata...

Al-Fatihah buat semua pejuang-pejuang yang Islam dan tanahair. Perjuangan mereka ialah langsungan daripada perjuangan Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a yang menentang jahiliyah dan toghut. Kini kita menentang toghut moden yakni UMNO. Perjuangan tetap diteruskan walaupun ditentang puak kafir harbi, musyrikin dan munafikin...Allahuakbar!!!

adanaberkat berkata...

Al Fatihah buat seluruh pejuang2 Islam seluruh dunia ..kami semua mengharapkan akan lahir 1000 lagi Syed Quthb dan Hassan AlBanna Amin

Redhuan D. Oon berkata...

I read these books as you read before when i embraced Islam in 1980 but not thinking deeply as you written here. May Allah give you good health!. Amin!